11 February, 2010

Cadangan!!

P.S: Rid this post you no need filter. You can read it. =)

Selamat petang ahli keluarga belo. Oleh kerana saya dalam misi untuk memperbaiki bahasa melayu saya, saya akan mengunakan bahasa melayu buat kali ini. Baiklah, saya lihat walaupun blog ini telah dibuka selama 2 atau 3 tahun, setiap kali saya suruh semua ahli keluarga baca, ada yang tanya saya apa alamat blog ini atau apa password nye dan banyak lagi. Ini membuat darah saya naik dan amat marah sekali. Saya juga sedih kerana sudah lama blog ini dibuka tetapi orang yang menulis didalam blog ini adalah orang yang sama. kalau bukan saya, abg din.

Oleh kerana itu, saya bercadang untuk membuat semua orang terlibat dan membuat blog ini lebih active. Setiap bulan satu orang harus menulis tentang apa sahaja mereka mahu. Tapi kandungan isi mesti concrete dan tak boleh merepek. Jikalau orang yang patut tulis itu tidak tulis, dia akan didenda dengan teruk. Mungkin belanja kita orang semua atau denda $5 untuk dimasukkan fund. Jadi apakah pendapat anda semua tentang ini?

Dan tidak lupa juga, kami ada buat facebook group untuk belo. Kalau senang pergilah tengok. Sekian terima kasih! =)

-Boss.

No comments: